TEKS BAHASA ARAB
إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إن عفريتا من الجن يكيدك، فإذا أويت إلى فراشك؛ فقل: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} [البقرة: 255] حتى تختم الآية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku lalu berkata: Sesungguhnya ‘ifrit daripada jin yang menipu dayamu. Maka apabila kamu ingin baring di katil, bacalah: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) [Surah al-Baqarah: 255] sehingga kamu habiskan ayat tersebut.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1581, hadis nombor 8001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن الحسن: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إن عفريتا من الجن يكيدك، فإذا أويت إلى فراشك؛ فقل: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} [البقرة: 255] حتى تختتم الآية.
[الدينوري. ((الضعيفة)) (6965)].
(Lemah)
Daripada al-Hasan: Adapun Nabi SAW berkata: Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku lalu berkata: Sesungguhnya ‘ifrit daripada jin yang menipu dayamu. Maka apabila kamu ingin baring di katil, bacalah: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya), [Surah al-Baqarah: 255) sehingga kamu habiskan ayat tersebut.
[Riwayat al-Dinawari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6965].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.