Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ifrit daripada jin yang menipu dayamu

Teks Bahasa Arab

إنَّ جبريلَ عليهِ السلامُ أتاني فقال: إنَّ عِفْرِيتًا من الجِنِّ يَكِيدُكَ، فإذا أَوَيْتَ إلى فراشِكَ؛ فقلْ: {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255] حتى تختمَ الآيةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku lalu berkata: Sesungguhnya ‘ifrit daripada jin yang menipu dayamu. Maka apabila kamu ingin baring di katil, bacalah: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) [Surah al-Baqarah: 255] sehingga kamu habiskan ayat tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1581, hadis no. 8001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن جبريل عليه السلام أتاني فقال: إن عفريتا من الجن يكيدك، فإذا أويت إلى فراشك؛ فقل: {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} حتى تختتم الآية. [الدينوري. ((الضعيفة)) (6965)].

(Lemah) Daripada al-Hasan: Adapun Nabi SAW berkata: Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku lalu berkata: Sesungguhnya ‘ifrit daripada jin yang menipu dayamu. Maka apabila kamu ingin baring di katil, bacalah: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya), [Surah al-Baqarah: 255) sehingga kamu habiskan ayat tersebut. [Riwayat al-Dinawari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6965].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.