Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ibuku melahirkanku pada malam Rabu lalu membawaku kepada Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

حديث: أنَّ الْحَسَنَ الْبَصْرِيَّ كَانَ يَقُولُ: وَلَدَتْنِي أُمِّي لَيْلَةَ الأَرْبِعَاءِ، فَحَمَلُونِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وسلم فدعا لي وَمَسَحَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِي وَقَالَ: اللهم نزهه في العلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Al-Hasan al-Basri berkata: Ibuku melahirkanku pada malam Rabu lalu membawaku kepada Nabi SAW lalu baginda berdoa untukku dan menyapu tangannya ke atas kepalaku dan berkata: Ya Allah sucikanlah dia dalam keilmuan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 418-419, hadis no. 182. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن جابر بن عبد الله اليمامي عنه. وقال: جابر كان كذابا جاهلا بما يقوله، وكلامه باطل من كل الوجوه، ولم يولد الحسن في زمن النبي صلى الله عليه وآله وسلم.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir bin Abdullah al-Yamami daripadanya. Dia berkata: Jabir pendusta dan jahil terhadap apa yang dikatakannya. Kata-katanya itu batil dari segenap segi. al-Hasan al-Basri belum dilahirkan lagi pada zaman Nabi SAW.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.