Ibu bapa akan mendapat pahala sedekah yang dibuat oleh anak

TEKS BAHASA ARAB

ما على أحدكم إذا أراد أن يتصدق لله صدقة تطوعا أن يجعلها عن والديه إذا كانا مسلمين فيكون لوالديه أجرها وله مثل أجورهما بعد أن لا ينقص من أجورهما شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu bagi salah seorang daripada kamu apabila dia hendak memberi sedekah sunat kerana Allah Taala lalu dia menjadikannya (pahalanya) ke atas kedua ibu bapanya sekiranya keduanya itu beragama Islam ialah kedua ibapanya itu mendapat pahalanya dan dia juga memperoleh pahala kedua-duanya tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala mereka berdua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis nombor 24. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ما على أحدكم إذا أراد أن يتصدق لله صدقة تطوعا أن يجعلها عن والديه إذا كانا مسلمين فيكون لوالديه أجرها وله مثل أجورهما بعد أن لا ينقص من أجورهما شيء)).
[ابن سمعون في ((الأمالي))، الربعي في ((جزء من حديثه))، ابن عساكر في ((حديث أبي الفتوح))، ((الضعيفة)) (487)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu bagi salah seorang daripada kamu apabila dia hendak memberi sedekah sunat kerana Allah Taala lalu dia menjadikannya (pahalanya) ke atas kedua ibu bapanya sekiranya keduanya itu beragama Islam ialah kedua ibapanya itu mendapat pahalanya dan dia juga memperoleh pahala kedua-duanya tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala mereka berdua.
[Riwayat Ibn Sam’un dalam al-Amali, al-Rib’i dalam Juzu’ min Hadisihi, Ibn ‘Asakir dalam Hadis Abu al-Futuh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.487]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs