Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما على أَحدِكُم إذا أَرادَ أنْ يَتصدَّقَ للهِ صَدقةً تَطوُّعًا أن يَجعَلَها عَن وَالِدَيهِ إذا كانا مُسلِمَينِ, فيَكونَ لِوالِدَيهِ أَجرُها، ولَه مِثلُ أُجورِهما بعدَ أنْ لا يَنقُصَ مِن أُجورِهِما شَيءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesuatu bagi salah seorang daripada kamu apabila dia hendak memberi sedekah sunat kerana Allah Taala lalu dia menjadikannya (pahalanya) ke atas kedua ibu bapanya sekiranya keduanya itu beragama Islam ialah kedua ibapanya itu mendapat pahalanya dan dia juga memperoleh pahala kedua-duanya tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala mereka berdua.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis no. 24. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu bagi salah seorang daripada kamu apabila dia hendak memberi sedekah sunat kerana Allah Taala lalu dia menjadikannya (pahalanya) ke atas kedua ibu bapanya sekiranya keduanya itu beragama Islam ialah kedua ibapanya itu mendapat pahalanya dan dia juga memperoleh pahala kedua-duanya tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala mereka berdua. [Riwayat Ibn Sam’un dalam al-Amali, al-Rib’i dalam Juzu’ min Hadisihi, Ibn ‘Asakir dalam Hadis Abu al-Futuh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.487]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman