Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: كَانَ ابْنُ خَطَلٍ يَكْتُبُ قُدَّامَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَ إِذَا نَزَلَ: غَفُورٌ رَحِيمٌ: كَتَبَ رَحِيمٌ غَفُورٌ، وَإِذَا نَزَلَ: سَمِيعٌ عَلِيمٌ، كَتَبَ عَلِيمٌ سميع، فَقَالَ لَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: أَعْرِضْ عَلَيَّ مَا كُنْتُ أُمْلِي عَلَيْكَ، فَلَمَّا عَرَضَهُ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: مَا كَذَا أَمْلَيْتُ عَلَيْكَ، فَأَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْتَكْتِبَ مُعَاوِيَةَ فَكَرِهَ أَنْ يَأْتِيَ مِنْهُ مَا أُتِيَ مِنِ ابْنِ خَطَلٍ، فَاسْتَشَارَ جِبْرِيلَ فَقَالَ: اسْتَكْتِبْهُ فَإِنَّهُ أَمِينٌ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ibn Khatal menulis di hadapan Nabi SAW. Apabila turun ayat: Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, dia menulis: Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Apabila turun ayat: Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dia menulis Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: Tunjukkan kepadaku apa yang telah aku nyatakan kepadamu. Ketika dia menunjukkan tulisannya, Nabi SAW bersabda: Bukan begini apa yang aku telah nyatakan kepadamu. Lalu Nabi SAW ingin meminta Muawiyah menulis, namun baginda benci jika Muawiyah melakukan apa yang dilakukan oleh Ibn Khatal. Lalu baginda berbincang dengan Jibril. Jibril berkata: Mintalah dia menulis kerana sesungguhnya dia seorang yang amanah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 404, hadis no. 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع، وفي إسناده: أصرم بن حوشب الهمداني، وهو كذاب. ورواه ابن عساكر، من وجه آخر، وفي إسناده: متروك.
Ia palsu. Pada sanadnya terdapat Asram bin Hausyab al-Hamdani, seorang pendusta. Diriwayatkan oleh Ibn Asakir daripada sanad yang lain. Pada sanadnya terdapat perawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman