Iblis telah berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, Adam telah diturunkan ke dunia dan aku telah mengetahui bahawa akan ada kitab dan para utusan

TEKS BAHASA ARAB

قال إبليس لربه: يا رب قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل فما كتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة والنبيون منهم وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم وقرآنك الشعر ورسلك الكهنة وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه وشرابك كل مسكر وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب وبيتك الحمام ومصائدك النساء ومؤذنك المزمار ومسجدك الأسواق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iblis telah berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, Adam telah diturunkan ke dunia dan aku telah mengetahui bahawa akan ada kitab dan para utusan, apakah kitab dan para utusan mereka? Allah SWT menjawab: Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka. Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan juga al-Furqān. Lalu Iblis telah berkata: Apa pula kitab aku? Allah SWT berfirman: Kitab kamu adalah tatu, bahan bacaan kamu adalah syair, rasul-rasul kamu adalah para tukang tilik, makanan kamu adalah apa yang tidak disebut nama Allah SWT ke atasnya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, dan hadis kamu (teks asal: dan kejujuran kamu) adalah berbohong, rumah kamu adalah tandas, umpan buruan kamu adalah golongan wanita, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid kamu adalah pasar-pasar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 129, hadis nombor 654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله ﷺ: قال إبليس لربه: يا رب قد أهبط آدم وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل فما كتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة والنبيون منهم وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم وقرأنك الشعر ورسلك الكهنة وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه وشرابك كل مسكر وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب وبيتك الحمام ومصائدك النساء ومؤذلك المزمار ومسجدك الأسواق. [طب، حل، الضعيفة (6055)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Iblis telah berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, Adam telah diturunkan ke dunia dan aku telah mengetahui bahawa akan ada kitab dan para utusan, apakah kitab dan para utusan mereka? Allah SWT menjawab: Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka. Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan juga al-Furqān. Lalu Iblis telah berkata: Apa pula kitab aku? Allah SWT berfirman: Kitab kamu adalah tatu, bahan bacaan kamu adalah syair, rasul-rasul kamu adalah para tukang tilik, makanan kamu adalah apa yang tidak disebut nama Allah SWT ke atasnya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, dan hadis kamu (teks asal: dan kejujuran kamu) adalah berbohong, rumah kamu adalah tandas, umpan buruan kamu adalah golongan wanita, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid kamu adalah pasar-pasar. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6055)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.