Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ إِبْلِيسُ لِرَبِّهِ: يَا رَبِّ قَدْ أُهْبِطَ آدَمُ، وَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ سَيَكُونُ كِتَابٌ وَرُسُلٌ؛ فَمَا كِتَابُهُمْ وَرُسُلُهُمْ؟ قَالَ: رُسُلُهُمْ الْمَلائِكَةُ، وَالنَّبِيُّونَ مِنْهُمْ، وَكُتُبُهُمْ التَّوْرَاةُ وَالزَّبُورُ وَالإِنجيلُ وَالْفُرْقَانُ. قَالَ: فَمَا كِتَابِي؟ قَالَ: كِتَابُكَ الْوَشْمُ، وَقُرآنُكَ الشِّعْرُ، وَرُسُلُكَ الْكَهَنَةُ، وَطعامُكَ مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ، وَشَرابُكَ كُلُّ مُسْكِرٍ، وَحَدِيْثُكَ (الأصلُ: وَصِدْقُكُ) الْكَذِبُ، وَبيتُكَ الْحَمَّامُ، وَمصائدُكَ النِّسَاءُ، وَمُؤَذِّنُكَ الْمِزْمارُ، وَمَسْجِدُكَ الأَسْوَاقُ.
Teks Bahasa Melayu
Iblis telah berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, Adam telah diturunkan ke dunia dan aku telah mengetahui bahawa akan ada kitab dan para utusan, apakah kitab dan para utusan mereka? Allah SWT menjawab: Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka. Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan juga al-Furqān. Lalu Iblis telah berkata: Apa pula kitab aku? Allah SWT berfirman: Kitab kamu adalah tatu, bahan bacaan kamu adalah syair, rasul-rasul kamu adalah para tukang tilik, makanan kamu adalah apa yang tidak disebut nama Allah SWT ke atasnya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, dan hadis kamu (teks asal: dan kejujuran kamu) adalah berbohong, rumah kamu adalah tandas, umpan buruan kamu adalah golongan wanita, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid kamu adalah pasar-pasar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 129, hadis no. 654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول الله ﷺ: قال إبليس لربه: يا رب قد أهبط آدم وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل فما كتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة والنبيون منهم وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم وقرأنك الشعر ورسلك الكهنة وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه وشرابك كل مسكر وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب وبيتك الحمام ومصائدك النساء ومؤذلك المزمار ومسجدك الأسواق. [طب، حل، الضعيفة (6055)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Iblis telah berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, Adam telah diturunkan ke dunia dan aku telah mengetahui bahawa akan ada kitab dan para utusan, apakah kitab dan para utusan mereka? Allah SWT menjawab: Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka. Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan juga al-Furqān. Lalu Iblis telah berkata: Apa pula kitab aku? Allah SWT berfirman: Kitab kamu adalah tatu, bahan bacaan kamu adalah syair, rasul-rasul kamu adalah para tukang tilik, makanan kamu adalah apa yang tidak disebut nama Allah SWT ke atasnya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, dan hadis kamu (teks asal: dan kejujuran kamu) adalah berbohong, rumah kamu adalah tandas, umpan buruan kamu adalah golongan wanita, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid kamu adalah pasar-pasar. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6055)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman