TEKS BAHASA ARAB
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " قال إبليس لربه عز وجل: يا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون له كتاب ورسل، فما كتابهم ورسلهم؟ قال الله عز وجل: رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم وقرآنك الشعر ورسلك الكهنة وطعامك ما لم يذكر اسم الله عز وجل عليه، وشرابك من كل مسكر وصدقك الكذب وبيتك الحمام ومصائدك النساء ومؤذنك المزمار ومسجدك الأسواق "
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW bersabda: “Iblis telah berkata kepada Tuhannya azza wa jalla: Wahai Tuhan! Adam telah diturunkan dan aku tahu bahawa akan ada baginya kitab dan para rasul, jadi apakah kitab mereka dan para rasul mereka? Allah azza wa jalla menjawab: Para utusan mereka adalah malaikat dan para Nabi daripada kalangan mereka. Kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Iblis bertanya: Lalu apakah kitabku? Allah menjawab: Kitab kamu adalah tatu, Quran kamu adalah sihir, dan para utusan kamu adalah bomoh, makanan kamu adalah apa yang tidak disebut padanya nama Allah azza wa jalla, minuman kamu adalah setiap yang memabukkan. Kata-kata kamu (Asal: kebenaran kamu) adalah dusta, rumahmu adalah tandas, jerat kamu adalah wanita, muazzin kamu adalah seruling dan masjid kamu adalah pasar-pasar."
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1673, hadis nombor 8442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Dzam al-Hawa dan al-Tabarani dalam al-Kabir.
Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.