Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِبْلِيسُ أَوَّلَ مَن نَاحَ وَأَوَّلَ مَنْ تَغَنَّى.
Teks Bahasa Melayu
Iblis antara yang pertama meratap dan yang pertama menyanyi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis no. 8632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) ((كان إبليس أول من ناح وأول من تغنى)). [((الضعيفة))(444)].
(Tiada Asal Baginya) ((Iblis antara yang pertama meratap dan yang pertama menyanyi)). [Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 444].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman