Iblis membinasakan manusia dengan hawa nafsu yang disangka adalah petunjuk

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بـ (لا إله إلا الله) والاستغفار، فأكثروا منه؛ فإن إبليس قال: أهلكتُ الناس [بالذنوب] فأهلكوني بـ (لا إله إلا الله) والاستغفار، فلما رأيت ذلك أهلكتهم بالأهواء، وهم يحسبون أنهم مهتدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu melazimi ucapan: "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar, perbanyakkanlah menyebutnya kerana Iblis berkata: "Aku telah membinasakan manusia (dengan dosa) tetapi mereka membinasakan aku dengan menyebut "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar. Apabila aku melihatnya, aku binasakan mereka dengan hawa nafsu dalam keadaan mereka menyangka mereka diberi petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1368, hadis nombor 6969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي بكر رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: عليكم بـ (لا إله إلا الله) والاستغفار، فأكثروا منه؛ فإن إبليس قال: أهلكت الناس [بالذنوب] فأهلكوني بـ (لا إله إلا الله) والاستغفار، فلما رأيت ذلك أهلكتهم بالأهواء، وهم يحسبون أنهم مهتدون.
[ع، ابن أبي عاصم، الأصبهاني في ((الحجة))، ((الضعيفة)) (5560)]

(Palsu)
Daripada Abu Bakr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu melazimi ucapan: "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar, perbanyakkanlah menyebutnya kerana Iblis berkata: "Aku telah membinasakan manusia (dengan dosa) tetapi mereka membinasakan aku dengan menyebut "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar. Apabila aku melihatnya, aku binasakan mereka dengan hawa nafsu dalam keadaan mereka menyangka mereka diberi petunjuk.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn Abu 'Asim, al-Asbahani dalam al-Hujjah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs