Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بِـ(لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ) والاستِغفارِ، فأكثِروا منهُ؛ فإنَّ إبليسَ قالَ: أَهْلَكْتُ النَّاسَ [بالذنوب] فأَهْلَكوني بِـ(لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ) والاستغفارِ، فلمَّا رأيتُ ذلِكَ أَهْلَكْتُهُم بالأَهْواءِ، وَهُم يحسَبونَ أنَّهم مُهْتدونَ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu melazimi ucapan: "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar, perbanyakkanlah menyebutnya kerana Iblis berkata: "Aku telah membinasakan manusia (dengan dosa) tetapi mereka membinasakan aku dengan menyebut "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar. Apabila aku melihatnya, aku binasakan mereka dengan hawa nafsu dalam keadaan mereka menyangka mereka diberi petunjuk.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1368, hadis no. 6969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Bakr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu melazimi ucapan: "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar, perbanyakkanlah menyebutnya kerana Iblis berkata: "Aku telah membinasakan manusia (dengan dosa) tetapi mereka membinasakan aku dengan menyebut "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan istighfar. Apabila aku melihatnya, aku binasakan mereka dengan hawa nafsu dalam keadaan mereka menyangka mereka diberi petunjuk. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn Abu 'Asim, al-Asbahani dalam al-Hujjah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5560]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman