TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن إبليس دخل العراق، فقضى جاجته منها، ودخل الشام فطرد حتى بلغ ميسان، ثم دخل مصر فباض وفرخ، وبسط عبقريه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Iblis memasuki Iraq, lalu dia melepaskan hajat di situ. Kemudian dia memasuki Syam tetapi dihalau sehingga sampai ke Maysan. kemudian dia memasuki Mesir dan tinggal di situ serta menghamparkan permaidaninya.
STATUS
Sanadnya Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 433, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الأزدي عن ابن عمر مرفوعًا، وفي إسناده: ضعفاء، وفيه أحمد بن عبد الرحمن أخي ابن وهب. قال ابن الجوزي: كذاب، وأدخل الحديث في الموضوعات، وقال في اللآلىء: كلا، بل أحمد ثقة، روى له مسلم، وقد تابعه حرملة، كما رواه الطبراني.
Diriwayatkan oleh al-Azdi daripada Ibn Umar secara marfu’. Dalam sanadnya ada perawi-perawi yang dhaif. Padanya ada Ahmad bin Abdul Rahman saudara Ibn Wahb.
Ibn al-Jauzi berkata: Pendusta. Dia memasukkan hadis ini dalam al-Maudhuat. Dia berkata dalam al-Laali’: Tidak, bahkan Ahmad adalah thiqah dan diriwayatkan oleh Muslim. Harmalah adalah orang yang meriwayatkan hadis sokongan, seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Tabarani.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.