Sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Iblis memasuki Iraq lalu dia melepaskan hajat di situ

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ إِبْلِيسَ دَخَلَ الْعِرَاقَ، فَقَضَى جاجته مِنْهَا، وَدَخَلَ الشَّامَ فَطُرِدَ حَتَّى بَلَغَ مِيسَانَ، ثُمَّ دَخَلَ مِصْرَ فَبَاضَ وَفَرَّخَ، وَبَسَطَ عَبْقَرِيَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Iblis memasuki Iraq, lalu dia melepaskan hajat di situ. Kemudian dia memasuki Syam tetapi dihalau sehingga sampai ke Maysan. kemudian dia memasuki Mesir dan tinggal di situ serta menghamparkan permaidaninya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 433, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي عن ابن عمر مرفوعًا، وفي إسناده: ضعفاء، وفيه أحمد بن عبد الرحمن أخي ابن وهب. قال ابن الجوزي: كذاب، وأدخل الحديث في الموضوعات، وقال في اللآلىء: كلا، بل أحمد ثقة، روى له مسلم، وقد تابعه حرملة، كما رواه الطبراني.

Diriwayatkan oleh al-Azdi daripada Ibn Umar secara marfu’. Dalam sanadnya ada perawi-perawi yang dhaif. Padanya ada Ahmad bin Abdul Rahman saudara Ibn Wahb. Ibn al-Jauzi berkata: Pendusta. Dia memasukkan hadis ini dalam al-Maudhuat. Dia berkata dalam al-Laali’: Tidak, bahkan Ahmad adalah thiqah dan diriwayatkan oleh Muslim. Harmalah adalah orang yang meriwayatkan hadis sokongan, seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Tabarani.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.