Iblis masuk ke Iraq dan menunaikan hajatnya (buang air)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دخل إبليس العراق فقضى حاجته، ثم دخل الشام فطردوه حتى بلغ (بساق)، ثم دخل مصر فباض بها وفرخ وبسط عبقرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iblis masuk ke Iraq dan menunaikan hajatnya (buang air). Kemudian ia masuk ke Syam dan penduduknya menghalaunya sehinggalah ia sampai ke kawasan Busaq. Kemudian ia masuk ke Mesir. Ia bertelur di situ dan menetaskan serta menyebarkan keturunannya yang bijak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1907 hadis nombor 9582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: دخل إبليس العراق فقضى حاجته، ثم دخل الشام فطردوه حتى بلغ (بساق)، ثم دخل مصر فباض بها وفرخ وبسط عبقرية.
[الفسوي، أبو الشيخ في ((العظمة))، طب، ((الضعيفة)) (5520)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Iblis masuk ke Iraq dan menunaikan hajatnya (buang air). Kemudian ia masuk ke Syam dan penduduknya menghalaunya sehinggalah ia sampai ke kawasan Busaq. Kemudian ia masuk ke Mesir. Ia bertelur di situ dan menetaskan serta menyebarkan keturunannya yang bijak.
[Riwayat al-Fusawi, Abu al-Syaikh dalam al-’Azamah dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5520]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.