Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ إِبْلِيسُ لِرَبِّهِ: يَا رَبِّ! قَدْ أُهْبِطَ آدَمُ، وَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ سَيَكُونُ كِتَابٌ وَرُسُلٌ؛ فَمَا كِتَابُهُمْ وَرُسُلُهُمْ؟ قَالَ رُسُلُهُمْ الْمَلائِكَةُ، وَالنَّبِيُّونَ مِنْهُمْ، وَكُتُبُهُمْ التَّوْرَاةُ وَالإِِنجِيلُ وَالزَّبُورُ وَالْفُرْقَانُ. قَالَ: فَمَا كِتَابِي؟ قَالَ: كِتَابُكَ الْوَشْمُ، وَقُرآنُكَ الشِّعْرُ، وَرُسُلُكَ الْكَهَنَةُ، وَطَعَامُكَ مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ، وَشَرابُكَ كُلُّ مُسْكِرٍ، وَحَدِيْثُكَ (الأَصلُ: وَصِدْقُكُ) الْكَذِبُ، وَبَيْتُكَ الْحَمَّامُ، وَمَصَائِدُكَ النِّسَاءُ، وَمُؤَذِّنُكَ الْمِزْمَارُ، وَمَسْجِدُكَ الأَسْوَاقُ.
Teks Bahasa Melayu
Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, sesungguhnya Adam telah diturunkan (ke dunia) dan aku telah ketahui bahawa akan terdapatnya kitab dan juga para Rasul. Maka apakah kitab mereka dan rasul-rasul mereka? Allah berkata: Rasul-rasul mereka adalah para malaikat, dan juga para Nabi dari kalangan mereka (manusia). Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur, dan al-Furqan. Ia berkata: Apa pula kitabku? Allah menjawab: Kitabmu adalah tatu, bacaan kamu adalah syair, utusan-utusan kamu adalah tukang bomoh, makanan kamu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, ucapan kamu (dalam teks asal: kejujuran kamu) adalah ucapan bohong, rumah kamu adalah tandas, alat perangkap kamu adalah golongan perempuan, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid bagi kamu adalah pasar-pasar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis no. 1237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((قال إبليس لربه: يا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل؛ فما كتابهم ورسلهم؟ قال رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإِنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وَشرابك كل مسكر، وَحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (6055)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, sesungguhnya Adam telah diturunkan (ke dunia) dan aku telah ketahui bahawa akan terdapatnya kitab dan juga para Rasul. Maka apakah kitab mereka dan rasul-rasul mereka? Allah berkata: Rasul-rasul mereka adalah para malaikat, dan juga para Nabi dari kalangan mereka (manusia). Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur, dan al-Furqan. Ia berkata: Apa pula kitabku ? Allah menjawab: Kitabmu adalah tatu, bacaan kamu adalah syair, utusan-utusan kamu adalah tukang bomoh, makanan kamu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, ucapan kamu (dalam teks asal: kejujuran kamu) adalah ucapan bohong, rumah kamu adalah tandas, alat perangkap kamu adalah golongan perempuan, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid bagi kamu adalah pasar-pasar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6055]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman