Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

أفضل العبادة قراءة القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur’an.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis nombor 6395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أسير بن جابر رضي الله عنه مرفوعا: أفضل العبادة قراءة القرآن.
[ابن قانع، ((الضعيفة)) (2516)]

(Lemah)
Daripada Usair bin Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur’an.
[Riwayat Ibn Qani'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2516]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.