Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur'an

Teks Bahasa Arab

أفضلُ العبادةِ قراءةُ القرآنِ.

Teks Bahasa Melayu

Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur'an.

Sahabat Perawi

  1. Usair bin Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis no. 6395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسير بن جابر رضي الله عنه مرفوعا: أفضل العبادة قراءة القرآن. [ابن قانع، ((الضعيفة)) (2516)]

(Lemah) Daripada Usair bin Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ibadah yang paling utama adalah bacaan al-Qur'an. [Riwayat Ibn Qani'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2516]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.