Ibadah yang paling baik adalah yang paling susah

TEKS BAHASA ARAB

أفضل العبادات أحمزها، أي أشقها وأصعبها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibadah yang paling baik adalah yang paling susah.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 57, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لا يعرف، وقال ابن القيم في (شرح منازل السائرين): لا أصل له.

Al-Zarkasyi berkata: (Hadis ini) tidak diketahui. Ibn al-Qayyim menyebutkan dalam kitab Syarh Manazil al-Sairin: Tiada asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.