Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ibadah paling utama adalah menanti kemenangan

Teks Bahasa Arab

سَلُوا اللهَ عز وجل من فضلِه، فإنَّ اللهَ يُحِبُّ أن يُسْأَلَ، وأفضلُ العبادةِ انتظارُ الفَرَجِ.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah kepada Allah SWT daripada kurniaan-Nya kerana sesungguhnya Allah suka jika diminta kepada-Nya dan ibadah paling utama adalah menanti kemenangan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis no. 7110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه، مرفوعا: سلوا الله عز وجل من فضله، فإن الله يحب أن يسأل، وأفضل العبادة انتظار الفرج. [ت، ابن أبي الدنيا في ((القناعة والتعفف))، عبد الغني المقدسي في ((الترغيب في الدعاء))، ((الضعيفة)) (492)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah kepada Allah SWT daripada kurniaan-Nya kerana sesungguhnya Allah suka jika diminta kepada-Nya dan ibadah paling utama adalah menanti kemenangan. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Abi al-Dunya dalam Al-Qana'ah Wa al-Ta'affuf dan 'Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Targhib Fi al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 492]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.