Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ibadah korban ialah sunnah bapa kalian, Nabi Ibrahim

Teks Bahasa Arab

الأَضَاحِي سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ، قَالُوا: فَمَا لَنَا فِيهَا؟ قَالَ: بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ، قَالُوا: فَالصُّوفُ؟ قَالَ: بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنَ الصُّوفِ حَسَنَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

"Ibadah korban ialah sunnah bapa kalian, Nabi Ibrahim". Mereka bertanya: "Apakah kelebihannya bagi kami"? Baginda menjawab: "Bagi setiap helaian bulu, satu kebaikan". Mereka bertanya: "Bagaimana pula dengan bulu biri-biri?" Baginda menjawab: "Bagi setiap helaian bulu biri-biri, satu kebaikan".

Sahabat Perawi

  1. Zayd bin Arqam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388-389, hadis no. 2067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن أرقم - رضي الله عنه -، قال: قال أصحاب رسول الله ﷺ: ما هذه الأضاحي، قال: «الأَضَاحِي سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ، قَالُوا: فَمَا لَنَا فِيهَا؟ قَالَ: بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ، قَالُوا: فَالصُّوفُ؟ قَالَ: بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنَ الصُّوفِ حَسَنَةٌ». [هـ، ك، «الضعيفة» (527)].

(Palsu) Daripada Zayd bin Arqam RA, beliau berkata: Para sahabat Rasulullah ﷺ berkata: "Apakah ibadah korban ini?" Baginda bersabda: "Ibadah korban ialah sunnah bapa kalian, Nabi Ibrahim". Mereka bertanya: "Apakah kelebihannya bagi kami"? Baginda menjawab: "Bagi setiap helaian bulu, satu kebaikan". Mereka bertanya: "Bagaimana pula dengan bulu biri-biri?" Baginda menjawab: "Bagi setiap helaian bulu biri-biri, satu kebaikan". [Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 527].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.