TEKS BAHASA ARAB
لا يعدل بالرعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ia tidak setanding dengan yang warak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036 hadis nombor 10248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جابر – رضي الله عنه -، قال: ذكر رجل عند النبي ﷺ بعبادة و اجتهاد، وذكر عنده آخر برعة.فقال النبي ﷺ: لا يعدل بالرعة.
[ت، ((الضعيفة)) (4817)]
(Lemah)
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah disebut di sisi Nabi SAW dengan ibadahnya dan kesungguhannya. Dan telah disebut juga di sisi baginda pemuda yang lain dengan kewarakannya. Maka Nabi SAW berkata: Ia tidak setanding dengan yang warak.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4817]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.