Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَعْدِلُ بالرِّعَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ia tidak setanding dengan yang warak.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036, hadis no. 10248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه ، قال: ذكر رجل عند النبي ﷺ بعبادة و اجتهاد، وذكر عنده آخر برعة.فقال النبي ﷺ: لا يعدل بالرعة. [ت، ((الضعيفة)) (4817)]
(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah disebut di sisi Nabi SAW dengan ibadahnya dan kesungguhannya. Dan telah disebut juga di sisi baginda pemuda yang lain dengan kewarakannya. Maka Nabi SAW berkata: Ia tidak setanding dengan yang warak. [Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4817]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman