Ia akan datang pada hari kiamat dengan mengatasi semua amalan-amalan orang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير ألف مرة؛ جاءت يوم القيامة فوق كل عمل، إلا نبي أو رجل ‌زاد ‌في ‌التهليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’", dibaca sebanyak 1000 kali, ia akan datang pada hari kiamat dengan mengatasi semua amalan-amalan orang lain, kecuali nabi atau orang yang menambah dalam lafaz tahlil.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis nombor 3677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل أو منكر بهذا التمام)
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، أن رسول الله ﷺ قال: من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير ألف مرة؛ جاءت يوم القيامة فوق كل عمل، إلا نبي أو رجل ‌زاد ‌في ‌التهليل.
[الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6642)]

(Batil atau Munkar dengan selengkap ini)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’", dibaca sebanyak 1000 kali, ia akan datang pada hari kiamat dengan mengatasi semua amalan-amalan orang lain, kecuali nabi atau orang yang menambah dalam lafaz tahlil.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Dua’. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 6642]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.