Ia adalah zakat Fitrah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

هي زكاة الفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ia adalah zakat Fitrah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- سئل عن قوله: "قد أفلح من تزكى(14) وذكر اسم ربه فصلى"، قال: ((هي زكاة الفطر)). [البزار، عد، هق، ابن المنذر، ابن أبي حاتم في ((تفسيره))، الحاكم في ((الكنى))، ابن مردويه، ((الضعيفة)) (1138)].

(Sangat Lemah)
Daripada Amru bin Auf bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang firman Allah: “Maka berjayalah orang yang mengeluarkan zakat, dan yang menyebutkan nama tuhannya dan bersolat.” Baginda bersabda: “Ia adalah zakat Fitrah.”
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn al-Munzir, Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya, al-Hakim dalam al-Kuna, dan Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.