Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هي زكاةُ الفِطرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ia adalah zakat Fitrah.
Sahabat Perawi
- Amru bin Auf
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis no. 4435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- سئل عن قوله: "قد أفلح من تزكى(14) وذكر اسم ربه فصلى"، قال: ((هي زكاة الفطر)). [البزار، عد، هق، ابن المنذر، ابن أبي حاتم في ((تفسيره))، الحاكم في ((الكنى))، ابن مردويه، ((الضعيفة)) (1138)].
(Sangat Lemah) Daripada Amru bin Auf bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang firman Allah: “Maka berjayalah orang yang mengeluarkan zakat, dan yang menyebutkan nama tuhannya dan bersolat.” Baginda bersabda: “Ia adalah zakat Fitrah.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ibn al-Munzir, Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya, al-Hakim dalam al-Kuna, dan Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1138].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman