Ia adalah teduhan Allah di bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

هو ظل الله في الأرض، فإن أحسنوا فلهم الأجر وعليكم الشكر، وإن أساءوا فعليكم الصبر وعليهم الإصر، لا يحملنكم إساءته على أن تخرجوا من طاعته، فإن الذل في طاعة الله، ‌خير ‌من ‌خلود في النار، لولاهم ما صلح الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ia adalah teduhan Allah di bumi, jika mereka berbuat baik maka bagi mereka pahala dan hendaklah kamu bersyukur, jika mereka berbuat jahat maka hendaklah kamu bersabar dan bagi mereka azab. Janganlah kerana perbuatan mereka menjadikan kamu keluar dari mentaati mereka, kerana merendah diri dalam mentaati Allah lebih baik dari kekal di dalam neraka, jika bukan kerana mereka maka manusia tidak akan mendapat manfaat dari kebaikan pemerintahan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis nombor 3990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا )عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أخبرني عن هذا السلطان الذي ذلت له الرقاب، وخضعت له الأجساد ما هو؟ قال: ((هو ظل الله في الأرض، فإن أحسنوا فلهم الأجر وعليكم الشكر، وإن أساءوا فعليكم الصبر وعليهم الإصر، لا يحملنكم إساءته على أن تخرجوا من طاعته، فإن الذل في طاعة الله، ‌خير ‌من ‌خلود في النار، لولاهم ما صلح الناس))). [أبو نعيم في ((العادلين من الولاة))، ((الضعيفة)) (1664)]

(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah: Wahai Rasulullah! Khabarkan kepada aku tentang sultan ini yang banyak tengkuk dan badan yang tunduk kepadanya. Apakah ia? Baginda bersabda: Ia adalah teduhan Allah di bumi, jika mereka berbuat baik maka bagi mereka pahala dan hendaklah kamu bersyukur, jika mereka berbuat jahat maka hendaklah kamu bersabar dan bagi mereka azab. Janganlah kerana perbuatan mereka menjadikan kamu keluar dari mentaati mereka, kerana merendah diri dalam mentaati Allah lebih baik dari kekal di dalam neraka, jika bukan kerana mereka maka manusia tidak akan mendapat manfaat dari kebaikan pemerintahan mereka. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Adilin min al-Wulat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1664]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.