Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَعم؛ فإنه ديْن مَقضِي.
Teks Bahasa Melayu
Ya, ia (korban) adalah hutang yang mesti dilunaskan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis no. 3219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها - قالتْ: قُلْتُ: يا رسول الله! أستدين وأضحي؟ قال: ((نعم؛ فإنه دين مقضي)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (4145)].
(Munkar) Daripada Aishah RA beliau berkata: Aku bertanya (kepada Rasulullah): "Wahai Rasulullah SAW! Aku berhutang dan (bolehkah dengan menggunakan hutang itu) aku melakukan korban?." Baginda bersabda: ((Ya, ia (korban) adalah hutang yang mesti dilunaskan.)) [Riwayat Sunan al-Daraqutni, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4145]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman