Hutang merupakan panji Allah di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

الدَّين ‌راية ‌الله في الأرض، فإذا أراد الله أن يذل عبدا وضعه في عنقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hutang merupakan panji Allah di muka bumi. Apabila Allah mahu menghinakan mana-mana hamba, Dia akan meletakkannya (hutang) di tengkuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis nombor 3032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الدَّين ‌راية ‌الله في الأرض، فإذا أراد الله أن يذل عبدا وضعه في عنقه)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد المنتقاة))، ك، فر، ((الضعيفة)) (473)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Hutang merupakan panji Allah di muka bumi. Apabila Allah mahu menghinakan mana-mana hamba, Dia akan meletakkannya (hutang) di tengkuknya. [Riwayat Abu Bakr al-Shaf'ie dalam kitab al-Fawa’id al-Muntaqah oleh Abu Bakr al-Shaf’ie, Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 192].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs