Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hutang merupakan noda (cela) untuk agama

Teks Bahasa Arab

الدَّين ‌شَيْنُ ‌الدِّين.

Teks Bahasa Melayu

Hutang merupakan noda (cela) untuk agama.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis no. 3033.

(موضوع) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الدَّين ‌شين ‌الدِّين)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (472)].

(Palsu) Daripada Muadz bin Jabal RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Hutang merupakan noda (cela) untuk agama. [Riwayat al-Quda'i dalam kitab Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 472].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.