Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hutang itu mengurangkan (kesempurnaan dah kehormatan) agama dan keturunan

Teks Bahasa Arab

الدَّيْنُ يُنْقِصُ من الدِّينِ والْحَسَبِ.

Teks Bahasa Melayu

Hutang itu mengurangkan (kesempurnaan dah kehormatan) agama dan keturunan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590 - 591, hadis no. 3034.

(موضوع) عن عائشة –رضي الله عنها– مرفوعا: ((الدَّين ‌ينقص من الدِّين والحَسب)). [فر، ((الضعيفة)) (474)].

(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Hutang itu mengurangkan (kesempurnaan dah kehormatan) agama dan keturunan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 474].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.