Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدَّيْنُ هَمٌّ بالليلِ، مَذَلَّةٌ بالنهارِ.
Teks Bahasa Melayu
Hutang itu keresahan pada siang hari dan kehinaan pada malam hari.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الدين هم بالليل، مذلة بالنهار)). [فر، ((الضعيفة)) (3619)].
(Sangat lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hutang itu (sumber) keresahan pada malam hari dan kehinaan pada siang hari.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3619].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman