Batil

30/06/2024

minit bacaan



Hukumlah tawanan-tawanan kalian berdasarkan tahap kemampuan akal (pemikiran) mereka

Teks Bahasa Arab

عاقِبوا أرقَّاءَكُم علَى قدرِ عقولِهِم.

Teks Bahasa Melayu

Hukumlah tawanan-tawanan kalian berdasarkan tahap kemampuan akal (pemikiran) mereka.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 978, hadis no. 5041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((عاقبوا ‌أرقاءكم على قدر عقولهم)). [ابن نصر الدمشقي في ((الفوائد))، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (742)]

(Batil) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hukumlah tawanan-tawanan kalian berdasarkan tahap kemampuan akal (pemikiran) mereka. [Riwayat Ibn Nasr al-Dimashqi dalam al-Fawaid, Tammam, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.742]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.