TEKS BAHASA ARAB
أيما عبد أو امرأة، قال أو قالت لوليدتها: يا زانية، ولم تطلع منها على زنى؛ جلدتها وليدتها يوم القيامة؛ لأنه لا حد لهن في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana hamba atau wanita yang berkata kepada hamba perempuannya: Wahai penzina; sedangkan dia tidak melihat bahawa dia (hamba itu) berzina, maka dia akan disebat oleh hamba perempuannya pada hari kiamat, kerana mereka tidak dikenakan hukuman hudud semasa di dunia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 789, hadis nombor 4052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عمرو بن العاص رضي الله عنه: أنه زار عمة له، فدعت له بطعام، فأبطأت الجارية، فقالت: ألا تستعجلي يا زانية! فقال عمرو: سبحان الله! لقد قلت أمراً عظيماً، هل اطلعت منها على زنى؟ قالت: لا والله، فقال عمرو رضي الله عنه: إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: أيما عبد أو امرأة، قال أو قالت لوليدتها: يا زانية، ولم تطلع منها على زنى؛ جلدتها وليدتها يوم القيامة؛ لأنه لا حد لهن في الدنيا.
[ك، (الضعيفة) (3324)]
(Palsu)
Daripada ‘Amru bin al-‘As RA bahawa dia menziarahi ibu saudaranya, lalu dia mengajaknya makan. Hamba perempuan berjalan lambat, lalu dia berkata: Tidak bolehkah engkau cepat sedikit wahai penzina! Lalu ‘Amru berkata: Maha Suci Allah! Engkau telah menyebutkan sesuatu yang dahsyat, adakah engkau benar-benar melihat dia berzina! Dia berkata: Tidak, demi Allah. Lalu ‘Amru berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana hamba atau wanita yang berkata kepada hamba perempuannya: Wahai penzina; sedangkan dia tidak melihat bahawa dia (hamba itu) berzina, maka dia akan disebat oleh hamba perempuannya pada hari kiamat, kerana mereka tidak dikenakan hukuman hudud semasa di dunia.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3324]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.