Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيما عبدٍ أو امرأةٍ، قال أو قالتْ لوليدَتِها: يا زانيةُ، ولمْ تطَّلِعْ منها على زنى؛ جلدتْها وليدتُها يوم القيامةِ؛ لأنهُ لا حدَّ لهنَّ في الدُّنيا.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana hamba atau wanita yang berkata kepada hamba perempuannya: Wahai penzina; sedangkan dia tidak melihat bahawa dia (hamba itu) berzina, maka dia akan disebat oleh hamba perempuannya pada hari kiamat, kerana mereka tidak dikenakan hukuman hudud semasa di dunia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 789, hadis no. 4052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمرو بن العاص رضي الله عنه: أنه زار عمة له، فدعت له بطعام، فأبطأت الجارية، فقالت: ألا تستعجلي يا زانية! فقال عمرو: سبحان الله! لقد قلت أمراً عظيماً، هل اطلعت منها على زنى؟ قالت: لا والله، فقال عمرو رضي الله عنه: إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: أيما عبد أو امرأة، قال أو قالت لوليدتها: يا زانية، ولم تطلع منها على زنى؛ جلدتها وليدتها يوم القيامة؛ لأنه لا حد لهن في الدنيا. [ك، (الضعيفة) (3324)]
(Palsu) Daripada 'Amru bin al-'As RA bahawa dia menziarahi ibu saudaranya, lalu dia mengajaknya makan. Hamba perempuan berjalan lambat, lalu dia berkata: Tidak bolehkah engkau cepat sedikit wahai penzina! Lalu 'Amru berkata: Maha Suci Allah! Engkau telah menyebutkan sesuatu yang dahsyat, adakah engkau benar-benar melihat dia berzina! Dia berkata: Tidak, demi Allah. Lalu 'Amru berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana hamba atau wanita yang berkata kepada hamba perempuannya: Wahai penzina; sedangkan dia tidak melihat bahawa dia (hamba itu) berzina, maka dia akan disebat oleh hamba perempuannya pada hari kiamat, kerana mereka tidak dikenakan hukuman hudud semasa di dunia. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3324]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman