Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ لم يَرْضَ بحُكْمِ نبيٍّ ولا غيرِهِ في الصدقاتِ حتى حكم هو فيها من السماءِ، فجَزَّأَها ثمانيةَ أجزاءٍ، فإن كنتَ من تلك الأجزاءِ أَعْطَيْتُكَ منها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak redha dengan hukum (sesuatu keputusan) Nabi atau selainnya pada (hal ehwal) sedekah (zakat) sehinggalah Dia sendiri yang memberikan keputusan dari langit lalu Dia membahagikannya kepada 8 bahagian (yakni kepada 8 golongan penerima). Sekiranya engkau merupakan sebahagian daripada (penerima) yang 8 itu, maka aku akan berikannya kepadamu.
Sahabat Perawi
- Ziyad bin al-Harith al-Sadai RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 866, hadis no. 4426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زياد بن الحارث الصدائي -رضي الله عنه- قال: أمرني رسول الله -صلى الله عليه وسلم- على قومي، فقلت: يا رسول الله! أعطني من صدقاتهم، ففعل، وكتب لي بذلك كتابا، فأتاه رجل فقال: يا رسول الله! أعطني من الصدقات، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله لم يرض بحكم نبي ولا غيره في الصدقات حتى حكم هو فيها من السماء، فجزأها ثمانية أجزاء، فإن كنت من تلك الأجزاء أعطيتك منها)). [د، هق، الطحاوي، الحارث، ((الضعيفة)) (1320)].
(Lemah) Daripada Ziyad bin al-Harith al-Sadai RA beliau berkata: Rasulullah melantik aku ke atas kaumku (bagi menguruskan zakat kaumnya), lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah aku sedikit dari sedekah (zakat) mereka, lalu baginda melakukannya dan baginda menuliskan untukku suatu catatan (berkenaan dengannya). Kemudian datang seorang lelaki menemui baginda dan beliau berkata: Wahai Rasulullah! Berikan aku sebahagian dari sedekah-sedekah (zakat) itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak redha dengan hukum (sesuatu keputusan) Nabi atau selainnya pada (hal ehwal) sedekah (zakat) sehinggalah Dia sendiri yang memberikan keputusan dari langit lalu Dia membahagikannya kepada 8 bahagian (yakni kepada 8 golongan penerima). Sekiranya engkau merupakan sebahagian daripada (penerima) yang 8 itu, maka aku akan berikannya kepadamu.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tahawi dalam Musykil al-Athar, dan al-Harith dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1320].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman