Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Hukum adalah terhadap perkara yang kebiasaan berlaku

Teks Bahasa Arab

الْحُكْمُ لِلْغَائِبِ.

Teks Bahasa Melayu

Hukum adalah terhadap perkara yang kebiasaan berlaku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 34, hadis no. 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من القواعد ما لم يعارضه أصل وليس بحديث.

Ia berasal daripada kaedah-kaedah fiqh selagi mana tidak bercanggah dengan asal. Ia bukanlah hadith.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.