Hubungkanlah ikatan kekeluargaan dengan kaum kerabat kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلوا قراباتكم ولا تجاوروهم، فإن الجوار يورث بينكم الضغائن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hubungkanlah ikatan kekeluargaan dengan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu duduk berjiran dengan mereka, kerana kejiranan akan mewariskan kebencian dan permusuhan dalam kalangan kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis nombor 886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي موسى -رضي الله عنه- مرفوعا: صلوا قراباتكم ولا تجاوروهم، فإن الجوار يورث بينكم الضغائن.
[عق، فر، ((الضعيفة)) (776)]

(Palsu)
Daripada Abu Musa – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Hubungkanlah ikatan kekeluargaan dengan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu duduk berjiran dengan mereka, kerana kejiranan akan mewariskan kebencian dan permusuhan dalam kalangan kamu.”
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 776]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.