Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صِلُوا قَرَاباتِكم ولا تُجَاوِرُوهُم، فإنَّ الجِوَارَ يُورِثُ بينكم الضغائنَ.
Teks Bahasa Melayu
Hubungkanlah ikatan kekeluargaan dengan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu duduk berjiran dengan mereka, kerana kejiranan akan mewariskan kebencian dan permusuhan dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis no. 886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي موسى -رضي الله عنه- مرفوعا: صلوا قراباتكم ولا تجاوروهم، فإن الجوار يورث بينكم الضغائن. [عق، فر، ((الضعيفة)) (776)]
(Palsu) Daripada Abu Musa - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Hubungkanlah ikatan kekeluargaan dengan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu duduk berjiran dengan mereka, kerana kejiranan akan mewariskan kebencian dan permusuhan dalam kalangan kamu.” [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 776]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman