Hubungkanlah ikatan kaum kerabat kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلوا قراباتكم ولا تجاوروهم فإن الجوار يورث بينكم الضغائن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hubungkanlah ikatan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu berjiran dengan mereka kerana kejiranan akan menyebarkan kebencian sesama kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 48, hadis nombor 255. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Sa’id bin Abu Bakr bin Abu Musa, mereka (para ulama) mendakwa beliau melakukan pendustaan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.