Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صِلُوا قَرَابَاتِكُمْ وَلاَ تُجَاوِرُوهُمْ فَإِنَّ الْجوَارَ يُورِثُ بَيْنَكُمْ الضَّغَائِنَ.
Teks Bahasa Melayu
Hubungkanlah ikatan kaum kerabat kamu dan janganlah kamu berjiran dengan mereka kerana kejiranan akan menyebarkan kebencian sesama kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 48, hadis no. 255. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Sa'id bin Abu Bakr bin Abu Musa, mereka (para ulama) mendakwa beliau melakukan pendustaan.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman