Palsu
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وقِّروا من تعلَمون منه العلمَ، ووقِّروا من تُعلِّمون العلمَ.
Teks Bahasa Melayu
Hormatilah orang yang kamu mempelajari ilmu daripadanya dan hormatilah juga orang yang engkau ajarkan ilmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281 - 1282, hadis no. 6566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما رفعه: وقروا من تعلمون منه العلم، ووقروا من تعلمون العلم. [فر، ((الضعيفة)) (4751)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA, beliau meriwayatkannya secara marfu': Hormatilah orang yang kamu mempelajari ilmu daripadanya dan hormatilah juga orang yang engkau ajarkan ilmu. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4751]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman