Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عُدَّ الآيَ في الفريضةِ والتَّطوُّعِ.
Teks Bahasa Melayu
Hitunglah ayat-ayat (al-Quran) ketika menunaikan solat fardhu dan solat sunat.
Sahabat Perawi
- Watsilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis no. 1496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عد الآي في الفريضة والتطوع)). [خط، ((الضعيفة)) (3857)]
(Palsu) Daripada Watsilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hitunglah ayat-ayat (al-Quran) ketika menunaikan solat fardhu dan solat sunat. [Riwayat Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3857]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman