Hitunglah ayat-ayat al-Qur'an dalam solat fardu dan solat sunat

TEKS BAHASA ARAB

عد الآي في الفريضة والتطوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hitunglah ayat-ayat al-Qur’an dalam solat fardu dan solat sunat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis nombor 7498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عد الآي في الفريضة والتطوع)). [خط،((الضعيفة)) (3857)]

(Palsu)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hitunglah ayat-ayat al-Qur’an dalam solat fardu dan solat sunat.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3857]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.