Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَدُّ الآيِ في الفريضةِ والتطوُّعِ.
Teks Bahasa Melayu
Hitunglah ayat-ayat al-Qur'an dalam solat fardu dan solat sunat.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin Al-Asqa' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis no. 7498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عد الآي في الفريضة والتطوع)). [خط،((الضعيفة)) (3857)]
(Palsu) Daripada Wathilah bin al-Asqa' RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hitunglah ayat-ayat al-Qur'an dalam solat fardu dan solat sunat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3857]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman