Himpunkanlah untuk membincang tentangnya seluruh alam

TEKS BAHASA ARAB

اجمعوا له العالمين – أو قال: العابدين – من المؤمنين، اجعلوه شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأي واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Himpunkanlah untuk membincang tentangnya seluruh alam – atau baginda bersabda: Ahli-ahli ibadah – dalam kalangan orang-orang beriman, tentukanlah ia melalui mesyuarat sesama kamu dan janganlah kamu memutuskan dalam masalah tersebut dengan pandangan seorang sahaja.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1277, hadis nombor 6541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف منكر)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! الأمر ينزل بنا؛ لم ينزل فيه قرآن، ولم تمض منك فيه سنة؟ قال اجمعوا له العالمين – أو قال: العابدين – من المؤمنين، اجعلوه شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأي واحد.
[ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (4854)]

(Lemah lagi munkar)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana jika sesuatu perkara berlaku kepada kami, ia tidak pernah diturunkan dalam al-Qur’an dan tidak pernah ada dalam sunnah daripadamu? Baginda menjawab: Himpunkanlah untuk membincang tentangnya seluruh alam – atau baginda bersabda: Ahli-ahli ibadah – dalam kalangan orang-orang beriman, tentukanlah ia melalui mesyuarat sesama kamu dan janganlah kamu memutuskan dalam masalah tersebut dengan pandangan seorang sahaja.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs