Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اجمعوا له العالمين - أو قال: العابدِين - من المؤمنين، اجعلوهُ شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأيٍ واحدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Himpunkanlah untuk membincang tentangnya seluruh alam – atau baginda bersabda: Ahli-ahli ibadah – dalam kalangan orang-orang beriman, tentukanlah ia melalui mesyuarat sesama kamu dan janganlah kamu memutuskan dalam masalah tersebut dengan pandangan seorang sahaja.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1277, hadis no. 6541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف منكر) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! الأمر ينزل بنا؛ لم ينزل فيه قرآن، ولم تمض منك فيه سنة؟ قال اجمعوا له العالمين - أو قال: العابدين - من المؤمنين، اجعلوه شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأي واحد. [ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (4854)]
(Lemah lagi munkar) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA, katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana jika sesuatu perkara berlaku kepada kami, ia tidak pernah diturunkan dalam al-Qur'an dan tidak pernah ada dalam sunnah daripadamu? Baginda menjawab: Himpunkanlah untuk membincang tentangnya seluruh alam – atau baginda bersabda: Ahli-ahli ibadah – dalam kalangan orang-orang beriman, tentukanlah ia melalui mesyuarat sesama kamu dan janganlah kamu memutuskan dalam masalah tersebut dengan pandangan seorang sahaja. [Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4854]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman