Lemah Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Himpunkanlah baginya orang-orang alim (atau baginda bersabda: ahli-ahli ibadah) dalam kalangan orang-orang mukmin

Teks Bahasa Arab

اجمعوا له العالمين -أو قال: العابدِين- من المؤمنين، اجعلوهُ شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأيٍ واحدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Himpunkanlah baginya orang-orang alim (atau baginda bersabda: ahli-ahli ibadah) dalam kalangan orang-orang mukmin, tetapkanlah ia melalui rundingan antara kalian, dan jangan kalian putuskan ia dengan satu pendapat sahaja.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis no. 4313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله! الأمر ينزل بنا؛ لم ينزل فيه قرآن؛ ولم تمض منك فيه سنة؟ قال: ((اجمعوا له العالمين -أو قال: العابدين- من المؤمنين، اجعلوه شورى بينكم، ولا تقضوا فيه برأي واحد)). [ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (4854)]

(Lemah Munkar) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! (Sekiranya) sesuatu perkara terjadi kepada kami, tidak pernah diturunkan tentangnya dalam al-Quran, dan tidak pernah ada daripadamu dalam sunnah? Baginda berkata: Himpunkanlah baginya orang-orang alim (atau baginda bersabda: ahli-ahli ibadah) dalam kalangan orang-orang mukmin, tetapkanlah ia melalui rundingan antara kalian, dan jangan kalian putuskan ia dengan satu pendapat sahaja. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Jāmi’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4854]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.