Himpitan kubur itu merupakan kaffarah bagi setiap orang mukmin, dan bagi setiap dosa yang berbaki yang tidak diampunkan baginya

TEKS BAHASA ARAB

الضمة في القبر كفارة لكل مؤمن؛ لكل ذنب بقي عليه لم يغفر له، وذلك أن يحيى بن زكريا عليهما السلام ضمه القبر ضمة في أكلته الشعير

TEKS BAHASA MALAYSIA

Himpitan kubur itu merupakan kaffarah bagi setiap orang mukmin, dan bagi setiap dosa yang berbaki yang tidak diampunkan baginya (di dunia). Sesungguhnya Yahya Bin Zakariyya AS dihimpit oleh kubur kerana memakan gandum.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735, hadis nombor 8731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((الضمة في القبر كفارة لكل مؤمن؛ لكل ذنب بقي عليه لم يغفر له، وذلك أن يحيى بن زكريا عليهما السلام ضمه القبر ضمة في أكلته الشعير.)) [الرافعي -معلقا-، ((الضعيفة)) (3281)]

(Palsu)
Daripada Mu’az bin Jabal RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Himpitan kubur itu merupakan kaffarah bagi setiap orang mukmin, dan bagi setiap dosa yang berbaki yang tidak diampunkan baginya (di dunia). Sesungguhnya Yahya Bin Zakariyya AS dihimpit oleh kubur kerana memakan gandum.))
[Riwayat al-Rafi’i secara muallaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3281].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs