Hilang penglihatan adalah penebus dosa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ذهاب البصرة مغفرة للذنب، وذهاب السمع مغفرة للذنب، وما نقص من الجسد فعلى قدر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hilang penglihatan adalah penebus dosa. Hilang pendengaran adalah penebus dosa. Apa-apa yang berkurang pada tubuh badan adalah mengikut kadar yang sedemikian ( penghapus dosa).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 85, hadis nombor 211. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حكم ابن الجوزي بوضعه، وتبعه السيوطي في مختصره، مع أنه أورده في جامعه.

Ibn al-Jauzi menghukumnya sebagai palsu dan diikuti oleh al-Suyuti dalam Mukhtasar beliau. Pun begitu, beliau telah memasukannya dalam Jami’ beliau.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs